The Golden Blog Awards® - Pencalonan II

Hey uols... seperti yg dijanjikan, inilah dia pencalonan utk 8 kategori Individu/Teknikal utk merebut anugerah The Golden Blog Awards® kita yg seterusnya...
Utk Syarat & Peraturan, klik sini.
Utk Senarai Anugerah yg dipertandingkan, klik sini.
Utk Senarai Bloggers yg layak dicalonkan, klik sini.
Mrasa kita lihat apakah 7 kategori yg dibuka utk pencalonan nah:
6. Entry 'Tak Perlu' of The Year
Hanjeng sangat! Perlu ke category ni Ginger? Sah-sah no contest katanya. (Disclaimer – itu ayat SR yer, bukan ayat mek! Haha…) Pencalonan terbuka kepada ENTRY yg tak perlu, takde makna & takpaham! (sila sebut tarikh entry tersebut beserta urlnya jika boleh, kalau tak boleh pun takpa).
7. Best Foreign Blog
Pencalonan untuk blogger yang berada di luar negara (luar Malaysia). Tak kira dalam bahasa apa sekalipun as long as boleh difahamilah. Hang jangan plak nominate blog Tamil! Aku silambam leher kau nanti..!!
8. DQ Blogger/Chatter of the Year
Pencalonan dibuka kepada chatter atau blogger yang anda yakini seorang DQ maha hebat. Istilah DQ (Drama Queen) merajuk kepada mereka-mereka yang kuat merajuk & marah2, baik di tb ataupun dalam entry2 blog. Simptom2 DQ termasuklah off hp, off monitor dan memerlukan aksi memujuk yang hebat (contohnya perlu dipuji MASIH CANTIK) untuk menghentikan DQnya. (Disclaimer – yg ni pun contoh2 yg diberi oleh SR, mek speku dia nak smash seseorang, tp mek taknak speku siapakah org ittiew… lariiiii!!)
9. Best Catfight Scene
Perang Alam Maya yang pernah berlaku di tb atau blog antara dua atau sekumpulan individu. Tak kiralah perang mulut, perang entry atau perang dingin.
10. Blogger Paling Gigih
Gigih bukan dalam buat entry saja tau! GIGIH di sini bermaksud rajin buat entry & promosi! Contohnya: Updated!, Visit Me!, Exchange Link Boley?, This is My Blog, dan VOTE ME. Sekejap-sekejap dia ingatkan kita tentang entrynya. Kekadang dia dah buat promo untuk entry AKAN DATANG. Walaupun entry tu akan naik bulan depan. Advance sangat!!
11. Blog Paling Sunyi
Blog sedih katanya… komen pun sikit… chatter pun sikit… entry ada tapi.. yelah..hmmm… siapa ya…
12. Best Photo in an Entry
Pencalonan dibuka utk gambar hiasan yg digunakan utk mendapatkan hasil yg lebih dramatik utk sesuatu entry. Tak kiralah gambar orang, pemandangan atau apa je, yg penting gambar hiasan ittiew ada kaitan dengan entry yg diceritakan.
13. Funniest Entry Of The Year
Pencalonan dibuka utk entry yg mampu memecahkan perut ketika dibaca atau yg membuatkan pembaca menjerit meroyan terguling pengsan segala, akibat ketawa yg maha dahsyat.
Jadik tunggu apa lagi, mrasalah uols calonkan mana2 blog/bloggers yg pada pendapat uols, layak menang kategori2 kat atas. Nota: MENCALONKAN DIRI SENDIRI ADALAH DIBENARKAN YER.
PENCALONAN SUDAH DITUTUP. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA...
...
Posted at 09:26 am by ginger_dl_loca